10 Tip Bekerjasama Bersama Rakan Kongsi
Tidak salah untuk bergerak solo, tetapi bagi saya ia macam memenatkan. Mana tidaknya, semua perkara kita kena buat. Paling mustahak kita tidak sempat nak fikir dan buat kerja-kerja yang membangunkan bisnes berkenaan.
Disini saya ingin kongsikan kepada anda tip-tip bekerjasama bersama rakan kongsi :
#1 – Minta Pendapat Rakan Kongsi
Jangan buat keputusan secara solo. Minta pendapat partner. 2 otak lebih baik dari satu otak. 3 otak lebih baik dari 2 otak.#2 – Meraikan Kejayaan Bersama
Jangan sesekali menganggap kejayaan bisnes itu adalah daripada anda seorang sahaja. Disini anda menidakkan usaha partner anda.#3 – Berkongsi Rezeki Bersama Rakan Kongsi
Jangan penuhkan perut dan nafsu anda seorang sahaja. Kongsikan dengan partner.#4 – Sentiasa Berbincang
Jika partner anda tidak buat kerja, bincang dengan dia sebab apa dia jadi macam itu. Jangan terus ‘kick‘ dia dalam group whatapps anda.#5 – Jangan Mengata
Be professional. Jika tak sekepala dengan partner anda, jangan mengata partner anda depan rakan-rakan anda yang lain. Kelak rakan anda akan sampaikan juga kepada partner anda yang dikutuk. Kesannya sangat teruk.#6 – Ada Hitam Putih
Biasanya perpecahan berlaku disebabkan oleh duit. Kerana duit, hilang kawan pun tak apa. Jadi sebelum mula projek bisnes, buat hitam putih dengan jelas. Harus jelas duit income dibelanjakan kemana.#7 – Ambil Gaji
Ambil gaji. Buat slip gaji untuk partner dan juga kita. Jangan main suka hati ambil duit syarikat.#8 – Bawa Rakan Kongsi Berjaya Bersama
Partner anda seorang manusia. Pasti ada perasaan dengki dan cemburu terhadap kejayaan anda. Langkah terbaik nak atasinya, bawa rakan partner anda berjaya seperti anda. “The good leader, creates more leader”.#9 – Jangan Tamak
Jangan Tamak. Ini point paling penting. Tamak akan menyebabkan bisnes kita tidak boleh tumbuh dengan lebih pesat.#10 – Belajar Mengalah
Belajar mengalah dengan partner. Kalah tidak semestinya kalah. Kena banyak bertolak ansur. Mengalah ini mungkin dalam term profit sharing. Tidak mengapa, projek A anda mendapat 49%, projek seterusnya mungkin projek B anda pula mendapat 51%. Yang penting untung bersama-sama.Berkongsi dari Majalah Niaga
10 Tip Bekerjasama Bersama Rakan Kongsi
Reviewed by mimisabreena
on
Friday, August 19, 2016
Rating:
No comments:
Post a Comment