Bagaimana Dengan Menjual Harum Manis Selama 5 Minggu, Peroleh Keuntungan RM75,000
Ekoran status Cikgu E semalam yang untung RM72k dalam masa 5 minggu jual mempelam harum manis, saya menerima banyak mesej yang teringin memulakan bisnes yang sama pada tahun hadapan.
Sebenarnya itulah yang saya mahu, saya mahukan semangat mereka sentiasa bersemangat untuk menjadi seorang peniaga. Ketahuilah untuk jadi “peniaga” memang mudah, yang susah ialah jadi peniaga “berjaya”.
Baiklah, biarlah saya terangkan secara ringkas apakah susah payah yang saya tanggung untuk jual harum manis.
#1 – Modal
Harga harum manis pada tahun 2015 ialah RM17 sekilo, sekotak ada 3 kilo. Jadi, RM17 x 3kg x 3000 kotak bersamaan dengan RM153000. Tidaklah banyak sangat, sama nilai dengan 76 bijik gopro sahaja, tapi perniagaan ini sedikit sebanyak mengganggu perniagaan hakiki saya.#2 – Cabaran
Tekanan menjual, adakah anda tahu, anda cuma ada 4 hari sahaja untuk menjual sekotak harum manis. Kerana harum manis diperam di dalam kotak yang diletakkan kabaid, selepas tempoh 4 hari, buah itu perlu dimasukkan ke dalam peti ais. Biasanya, 400 kotak diorder serentak, itu bermakna, saya perlu menjual 100 kotak dalam sehari.Bayangkan kalau saya tidak dapat jual buah mempelam itu dalam masa 4 hari, memang agak tekanan bagi saya. Semasa itu memang saya akan hantar sahaja mempelam tersebut di rumah rakan-rakan baik, tinggalkan sahaja pelam itu depan rumah mereka. Apabila saya sudah sampai rumah baru saya telefon mereka suruh makan sahaja terus pelam itu, dan diakhiri dengan pesanan jangan lupa bank in kan duit pada bila-bila masa.
#3 – Harus Tahan Dimaki Hamun
Harum manis harganya RM75 sekotak, dalam sekotak itu ada lebih kurang 4 ke 7 biji sahaja. Harganya memang agak mahal. Bayangkanlah jika tiba-tiba buah itu busuk, kena pulak pelanggan yang jenis kaki maki, berbakul juga kena maki. Seperti mempelam itu Cikgu E yang buat, sampai dia lupa sebenarnya ianya ciptaan istimewa Allah SWT yang hanya ada di Perlis Indera Kayangan.#4 – Pengangkutan
Saya perlukan sebuah lori untuk pengangkutan untuk mengambil mempelam ini dari Ipoh ke Perlis. Malas saya nak cerita tentang Kedai Kamera E-Poh sudah nampak macam Kedai Mempelam Epoh bila pelanggan masuk dalam kedai saya. Malas saya nak cerita betapa hidup saya termasuk pekerja saya bagaikan berperang sewaktu menjual harum manis ini.Namun begitu, setiap perniagaan pasti ada cabaran-cabaran yang bakal kita hadapi. Apa yang paling penting adalah, sentiasa tanamkan dalam diri, tiada istilah berputus asa dalam kamus hidup kita. Siapa yang berusaha, dia pasti akan berjaya.
Berkongsi dari Majalah Niaga
Bagaimana Dengan Menjual Harum Manis Selama 5 Minggu, Peroleh Keuntungan RM75,000
Reviewed by mimisabreena
on
Monday, August 22, 2016
Rating:
No comments:
Post a Comment